Dalam ketenangan awan yang berarak, ada ketika terkumpul satu rasa yang terpendam. Sisa yang terbaki di awan sampai masanya akan terluah.
Allah berkata Dia menyukai hambaNya yang lemah lembut dan tidak mudah marah.
Sesungguhnya, ada 2 hal yang dicintai Allah pada dirimu iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (H.R Muslim)
Meraih cinta Allah swt pastinya perlu mengikut perintahNya. Banyaknya dosa hambaNya ini kerana mengikut perasaan, kerana mngikut hati. Sama-sama muhasabah diri memohon ampun padaNya atas dosa yang terlanjur.
Ya Allah, aku bertaubat atas salahku.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang banyak dosa tapi banyak bertaubat. (H.R Ahmad)
Akan tetapi jangan di sebabkan kesempurnaan kelembutanNya, maka kita mengambil kesempatan dengan menganggap 'manusia tidak sempurna' sebagai alasan untuk kita berlaku salah padaNya. Banyaknya dosaku padaMu Allah. Tidak terbilang. Pandanglah aku, pandang hatiku. Ku cinta padaMu. Maafkan aku. :'(
Allah ♥
s.a.h

No comments:
Post a Comment