Friday, August 10, 2012

Antara Terlindung dan Terbiar



Setiap Jumaat lepas maghrib ialah hari aku dan niqabisku bertalaqqi bersama Sheikh Abdulkarim Al-Fattani. Bertalaqqi, tapi di selitkan dengan nasihat2 yg berguna, setiap mggu di isi dgn cerita2 tauladan yg mnyentuh hati, menginsafi dan membuka minda. Alhamdulillah. Bertalaqqi bersama ustaz adalah antara nikmat terbesar dan kerahmatan Allah padaku. Syukran Allah. Dan ini antara pembuka minda aku pada satu malam.

Antara terlindung dan terbiar

Antara dua:


1. Gula-gula yang masih berbalut
2. Gula-gula yang sudah dibuka pembalutnya

Dalam keadaan gula2 1 dugulingkan atas tanah dan gula2 2 diguling atas tanah dari ujung kanan ke hujung kiri.

Setelah itu, mana satu yang akan kamu ambil dan makan??

Tentunya yang masih berbalut bukan? Indahnya wanita islam, biarpun di balut dari hujung rambut hingga hujung kaki dan tidak mengikut pemakaian peredaran zaman. Kelihatan agak kolot dan seakan menyusahkan dengan pakaian yang besar-besar, longgar dan ada yang berniqab, namun wanita Islam itu terpelihara dan istimewa seakan gula-gula yang berbalut yang diguling dari hujung kanan ke hujung kiri serta masih bersih untuk dimakan.

Bayangkan nasib gula-gula 2.

SAH
Talaqqi Ustaz saya
*gambar sekadar hiasan*

No comments:

Post a Comment