Cinta itu fitrah. Kurniaan Allah. Allah cinta kita dan kita cinta Allah. Itu tujuan sebenar cinta. Dari Allah cinta datang. Dari Allah cinta itu mengalir kepada ibu, kepada ayah, kepada anak, kepada isteri, kepada suami, kepada saudara-saudara, kepada makhluk yang lainnya seperti tumbuhan dan haiwan.
Rasulullah solollahu alaihi wassalam bersabda:
"Jika Allah mencintai seseorang hambaNya, Dia mem

beritahu kepada Jibrail:'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia.' Jibrail pun mencintai si fulan tersebut dan kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit:'Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia'. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga dijadikan mencintai si fulan tersebut." (H.R Al-Bukhari dan Muslim)
Cinta itu milik Allah, Allah yang punya, selayaknya cinta itu mengalir kepadaNya dahulu kemudian kepada kekasihNya Nabi Muhammad solollahu alaihi wassalam, kemudian kepada ibu dan bapa dan makhluk yang lain. Seperti cinta Imam As-Shafie yang menjawab soalan isterinya : 'Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isterikuu, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.'
Cinta kepada seseorang yang mengingatkan kita pada Allah, membuatkan kita juga mahu dia mendekatkan diri kita dengan Allah. Itulah yang menyempurnakan hidup kita. Tidak kiralah dia itu ibu kita, ayah kita, rakan-rakan kita, kucing kita, pokok kita, hamster kita mahupun bunga-bungaan yang kita tanam. Rasa cinta harus mengalir dalam diri kita kerana Allah dan ketahuilah Allah yang mengizinkannya.
Allah juga berfirman:
'Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu.' Hadis Qudsi.
Janganlah kita salah gunakan fitrah yang Allah berikan ini. Gunakanlah cinta ini pada jalan yang benar, pada jalan yang diperintahkanNya kerana kita hanya peminjam dan pastinya Allah ialah Pemiliknya.
Allah ♥
s.a.h

No comments:
Post a Comment