Saturday, August 18, 2012

This is what we are



Yes, this is what we are..


Manusia yang sering melakukan maksiat pada Allah and yet masih meminta SyurgaNya yang suci.


Kisah Nabi Adam as sangat memberi peringatan akan pembalasan Allah dan kisah Nabi Adam as juga memberi peringatan betap
a Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.


Dosa dan manusia memang tidak boleh di pisahkan tetapi itu bukan alasan untuk kita terus bermaksiat pada Allah. Tunjukkan padaNya kesungguhan kita untuk kembali padaNya.


Menghadirkan diri ke taman-taman Syurga, menempatkan diri di majlis-majlis ilmu, membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah, terus bersikap tawadhu', teruskan usaha Nabi Muhammad saw dalam dakwah dan pelbagai perkara yang membolehkan kita peroleh rahmatNya.


KalamNya:
"....Allah tidak menghukum kamu kerana sumpahmu yang tidak kamu sengaja, tetapi Dia menghukum kamu kerana niat yang terkandung dalam hatimu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun."



Al-Baqarah:225


Ramai dari kita yang ingin kembali padaNya tetapi takut dengan diri sendiri. Ingatlah, JIKA INGIN ALLAH DENGAN KITA MAKA INGATLAH ALLAH DALAM HATI KITA. Nak ingat Allah, hayatilah 'surat-surat cintaNya'. Sudah lama tersedia untuk kita, tinggal kita sahaja untuk menatap dan hayatinya.



Allah <3 div="div">

S.A.H

Friday, August 10, 2012

Allah dan Cinta





Cinta itu fitrah. Kurniaan Allah. Allah cinta kita dan kita cinta Allah. Itu tujuan sebenar cinta. Dari Allah cinta datang. Dari Allah cinta itu mengalir kepada ibu, kepada ayah, kepada anak, kepada isteri, kepada suami, kepada saudara-saudara, kepada makhluk yang lainnya seperti tumbuhan dan haiwan.

Rasulullah solollahu alaihi wassalam bersabda:
"Jika Allah mencintai seseorang hambaNya, Dia mem
beritahu kepada Jibrail:'Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia.' Jibrail pun mencintai si fulan tersebut dan kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit:'Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia'. Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga dijadikan mencintai si fulan tersebut." (H.R Al-Bukhari dan Muslim)

Cinta itu milik Allah, Allah yang punya, selayaknya cinta itu mengalir kepadaNya dahulu kemudian kepada kekasihNya Nabi Muhammad solollahu alaihi wassalam, kemudian kepada ibu dan bapa dan makhluk yang lain. Seperti cinta Imam As-Shafie yang menjawab soalan isterinya : 'Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isterikuu, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.'

Cinta kepada seseorang yang mengingatkan kita pada Allah, membuatkan kita juga mahu dia mendekatkan diri kita dengan Allah. Itulah yang menyempurnakan hidup kita. Tidak kiralah dia itu ibu kita, ayah kita, rakan-rakan kita, kucing kita, pokok kita, hamster kita mahupun bunga-bungaan yang kita tanam. Rasa cinta harus mengalir dalam diri kita kerana Allah dan ketahuilah Allah yang mengizinkannya.

Allah juga berfirman:
'Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu.' Hadis Qudsi.

Janganlah kita salah gunakan fitrah yang Allah berikan ini. Gunakanlah cinta ini pada jalan yang benar, pada jalan yang diperintahkanNya kerana kita hanya peminjam dan pastinya Allah ialah Pemiliknya.

Allah ♥
s.a.h

Ya Sabur Ya Sabur Ya Sabur



Ya Sabur Ya Sabur Ya Sabur..

Sukarkah bagi seorang hamba Allah swt untuk berlaku sabar?

Allah swt befirman yang bermaksud,
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta di goncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Al-Baqarah:214

Kita sering merasa kita akan tetap bersabar sebelum datangnya ujian. Merasa diri akan bersedia dengan dugaan yang bakal tiba. Sehingga lah tiba, bila Allah mengatakan terjadinya sesuatu hal untuk menguji sejauh mana keimanan kamu, hambaNya yang mengaku beriman. Tiba lah saat itu, namun kamu tetap tidak bersedia, tetap mengeluh atas ujian, tetap tiada kesabaran dalam ujian. Sehingga itu Allah tahu di mana kedudukan keimanan kamu, adakah pada kata sahaja atau pada perbuatan.

Ketahuilah, kita diuji kerana...
FirmanNya, "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun." Al-Mulk:2

Fahamilah, "Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." As-Syuura:30

Dan sesungguhnya benarlah kalamNya, Dia tidak akan membebani hambaNya sesuai dengan kesanggupannya.

Allah :'(
s.a.h

Marah dan Kelembutan



Dalam ketenangan awan yang berarak, ada ketika terkumpul satu rasa yang terpendam. Sisa yang terbaki di awan sampai masanya akan terluah.

Allah berkata Dia menyukai hambaNya yang lemah lembut dan tidak mudah marah.

Sesungguhnya, ada 2 hal yang dicintai Allah pada dirimu iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (H.R Muslim)

Meraih cinta Allah swt pastinya perlu mengikut perintahNya. Banyaknya dosa hambaNya ini kerana mengikut perasaan, kerana mngikut hati. Sama-sama muhasabah diri memohon ampun padaNya atas dosa yang terlanjur.

Ya Allah, aku bertaubat atas salahku.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang banyak dosa tapi banyak bertaubat. (H.R Ahmad)

Akan tetapi jangan di sebabkan kesempurnaan kelembutanNya, maka kita mengambil kesempatan dengan menganggap 'manusia tidak sempurna' sebagai alasan untuk kita berlaku salah padaNya. Banyaknya dosaku padaMu Allah. Tidak terbilang. Pandanglah aku, pandang hatiku. Ku cinta padaMu. Maafkan aku. :'(

Allah ♥
s.a.h

Manusia dan Jiwa Tenang



Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang, syurga adalah tempat mereka. Untuk hati berasa tenang, ingatlah Allah, utk ingat Allah, bacalah Al-Quran. Allah berkata,maksudnya "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai di sisi Tuhanmu, serta masuklah e
ngkau ke dalam kumpulan hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Surah Al-Fajr 27-30)

Orang yang mempunyai hati yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk yang ditimpa ke atas dirinya kerana mereka yakin akan Allah. Dan Allah lah yang mengaturkan dan mengetahui segala sesuatu dalam hidupnya.

Allah ♥
s.a.h

Antara Terlindung dan Terbiar



Setiap Jumaat lepas maghrib ialah hari aku dan niqabisku bertalaqqi bersama Sheikh Abdulkarim Al-Fattani. Bertalaqqi, tapi di selitkan dengan nasihat2 yg berguna, setiap mggu di isi dgn cerita2 tauladan yg mnyentuh hati, menginsafi dan membuka minda. Alhamdulillah. Bertalaqqi bersama ustaz adalah antara nikmat terbesar dan kerahmatan Allah padaku. Syukran Allah. Dan ini antara pembuka minda aku pada satu malam.

Antara terlindung dan terbiar

Antara dua:


1. Gula-gula yang masih berbalut
2. Gula-gula yang sudah dibuka pembalutnya

Dalam keadaan gula2 1 dugulingkan atas tanah dan gula2 2 diguling atas tanah dari ujung kanan ke hujung kiri.

Setelah itu, mana satu yang akan kamu ambil dan makan??

Tentunya yang masih berbalut bukan? Indahnya wanita islam, biarpun di balut dari hujung rambut hingga hujung kaki dan tidak mengikut pemakaian peredaran zaman. Kelihatan agak kolot dan seakan menyusahkan dengan pakaian yang besar-besar, longgar dan ada yang berniqab, namun wanita Islam itu terpelihara dan istimewa seakan gula-gula yang berbalut yang diguling dari hujung kanan ke hujung kiri serta masih bersih untuk dimakan.

Bayangkan nasib gula-gula 2.

SAH
Talaqqi Ustaz saya
*gambar sekadar hiasan*

Monday, August 6, 2012

Selawat Thobibiyah



Allahumma solliwasalim a'la sayyidi wahabbi wathabibi qalbi wajasadi waruhi
Sayyidi rasulillah muhammad ibni abdillah
Assodiqil amin waa'la alihi wasohbihi ajmaii'n.

"Ya Allah, semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada Junjunganku, Kekasihku, Pengubat hatiku, jiwa dan ragaku iaitu Junjunganku yang menjadi Utusan Allah, Muhammad bin 'Abdillah, Insan yang jujur dan terpercaya. Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda"

Thursday, June 21, 2012

ALHAMDULILLAH