Yes, this is what we are..
Manusia yang sering melakukan maksiat pada Allah and yet masih meminta SyurgaNya yang suci.
Kisah Nabi Adam as sangat memberi peringatan akan pembalasan Allah dan kisah Nabi Adam as juga memberi peringatan betap
a Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Dosa dan manusia memang tidak boleh di pisahkan tetapi itu bukan alasan untuk kita terus bermaksiat pada Allah. Tunjukkan padaNya kesungguhan kita untuk kembali padaNya.
Menghadirkan diri ke taman-taman Syurga, menempatkan diri di majlis-majlis ilmu, membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah, terus bersikap tawadhu', teruskan usaha Nabi Muhammad saw dalam dakwah dan pelbagai perkara yang membolehkan kita peroleh rahmatNya.
KalamNya:
"....Allah tidak menghukum kamu kerana sumpahmu yang tidak kamu sengaja, tetapi Dia menghukum kamu kerana niat yang terkandung dalam hatimu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun."
Al-Baqarah:225
Ramai dari kita yang ingin kembali padaNya tetapi takut dengan diri sendiri. Ingatlah, JIKA INGIN ALLAH DENGAN KITA MAKA INGATLAH ALLAH DALAM HATI KITA. Nak ingat Allah, hayatilah 'surat-surat cintaNya'. Sudah lama tersedia untuk kita, tinggal kita sahaja untuk menatap dan hayatinya.
Allah <3 div="div">
3>
3>
S.A.H






